Friday, 6th December 2019,7:08:00pm

Seminar Keselamatan Kebakaran “Fire Safety Organisation and Fire Certificate for Designated Premises”

Date: 3 October 2019, Thursday
Time: 8.30 am – 6.00 pm
Venue: Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre

Brief of the event:

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah melaksanakan pindaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) pada tahun 2018 dan akan dikuatkuasakan pada 01 Januari 2020. Antara pindaan penting ke atas Akta 341 adalah mensyaratkan setiap Premis Ditetapkan yang memerlukan Perakuan Bomba perlu menubuhkan Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) disemua Premis Ditetapkan. Kegagalan pihak pengurusan Premis Ditetapkan dalam menubuhkan OKK akan menjadi satu kesalahan dan boleh didakwa kerana tidak memiliki Perakuan Bomba.

Selain itu, penguatkuasaan akta pindaan ini juga memberi manfaat yang besar kepada masyarakat dan penghuni Premis Ditetapkan khususnya apabila risiko kebakaran di premis-premis ini dapat dikurangkan dan meningkatkan persiapan menghadapi kecemasan kebakaran. Justeru, tahap keselamatan dan keyakinan masyarakat serta pelabur-pelabur terhadap isu-isu keselamatan kebakaran akan meningkat.

Untuk memberi penerangan dan kefahaman tentang kepentingan dan keperluan Perakuan Bomba yang melibatkan perkara-perkara berikut:

  • Fire Safety Organisation in Designated Premises
  • Fire Safety Manager(FSM) and Fire Safety Officer(FSO)
  • Fire Emergency Response Plan(FERP)
  • Fire Certificate(FC)
  • Fire Safety Report(FSR)

Click here for details Seminar Bomba – Seminar Bomba