Thursday, 14th December 2017,7:06:42am

Jemputan ke Teach in Pengambilan Tanah 2017

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

YBhg. Dato’ Sri/Datuk/Dato’/YBrs. Dr./Tuan,

JEMPUTAN KE TEACH IN PENGAMBILAN TANAH 2017

Izinkan saya dengan hormatnya menarik perhatian YBhg. Dato’ Sri/Dato’/Datuk/YBrs. Dr./Tuan kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Kebajikan, Sosial dan Sukan (KEKASS) dengan kerjasama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) akan menganjurkan Seminar Teach In Pengambilan Tanah 2017yang bertemakan Ke Arah Mereliasasikan Merealisasikan Dimensi Baharu Pengambilan Tanah Pasca Pindaan 2016. Teach Inini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 10 Oktober 2017 (Selasa)

Masa : 8.00 Hingga 4.30 petang

Tempat : Hotel Bangi – Putrajaya

3. Objektif penganjuran Teach In Pengambilan Tanah 2015 ini adalah untuk

  1. memberi pendedahan signifikan kepada semua stakeholder berkaitan dengan pindaan terkini undang-undang pengambilan tanah;
  2. menerangkan halatuju baharu pengambilan tanah untuk pembangunan Negara ke arah TN50;
  3. mengenal pasti do’s and don’t dalam urusan pengambilan tanah; dan
  4. mengenal pasti isu dan masalah semasa dalam pelaksanaan pengambilan tanah.

Para peserta juga akan dapat berinteraksi secara langsung dengan para penceramah yang berwibawa dan bepengalaman semasa atau selepas pembentangan.

4. Sehubungan itu, YBhg. Dato’ Sri/Dato’/Datuk/YBrs. Dr./Tuan dengan hormatnya dijemput untuk menghadiri Teach In Pengambilan Tanah 2017.

5. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak YBhg. Dato’ Sri/Datuk/Dato’/YBrs. Dr./Tuan dapat mengesahkan kehadiran melalui borang pengesahan kehadiran seperti yang dilampirkan sebelum atau pada 5 Oktober 2017 (Khamis) bagi tujuan pengesahan dan jaminan tempat. Bersama-sama ini juga disertakan risalah Seminar Teach In Pengambilan Tanah 2015 untuk rujukan dan tindakan selanjutnya. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus atau emel kepada pegawai berikut:

  1. Puan Mariana Binti Man, Tel: 03-88712664/0194530657 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  2. Puan Wan Izyan Binti Wan Yusof, Tel: 03-88712808/0129476920 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

6. Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’ Sri/Datuk/Dato’/YBrs. Dr./Tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.