Saturday, 24th June 2017,9:02:49pm

Seminar on Malaysian Standard for Architecture and Asset Management of Masjid

Jabatan Standards Malaysia akan menganjurkan seminar “Malaysian Standard for Architecture and Asset Management of Masjid” pada 18 April 2017, Selasa di Auditorium Dato’ Yahya Ahmad, SIRIM Berhad, Shah Alam, Selangor.

Seminar ini bertujuan untuk:

  • Memberi pengetahuan mengenai keperluan untuk merancang dan mereka bentuk masjid, pengurusan aset dan operasi penyelenggaraan masjid.
  • Mengaplikasikan penggunaan MS 2577:2014 dalam rekabentuk pembangunan masjid.
  • Menggalakkan penyertaan aktif daripada sektor swasta dan awam dalam aktiviti - aktiviti standard untuk pembangunan masjid.