Tuesday, 25th April 2017,10:43:43am

KUBINA 2017 – KONVENSYEN USAHANITA BINAAN, 11 April 2017

Konvensyen Usahanita Binaan (KUBINA) merupakan satu platform yang menghimpunkan usahanita dan profesional wanita yang terlibat dalam industri pembinaan. Matlamat utama KUBINA adalah untuk membina ruang intelek dan diskusi yang aktif dan proaktif, membuka peluang dan potensi perniagaan, mengembangkan budaya penerokaan ilmu serta menjadi platform usahanita bertukar idea dan rangkaian.

OBJEKTIF

Objektif penganjuran KUBINA adalah sebagai wadah untuk wanita dalam industri pembinaan bagi:

  1. membincangkan pembangunan dan kemajuan wanita dalam industri pembinaan;
  2. meningkatkan penglibatan wanita dalam industri pembinaan.
  3. membina jaringan kerjasama; dan

Melalui acara ini, kontraktor wanita bersama-sama penggiat industri termasuk golongan akademik dan profesional dapat bertukar idea bagi melengkapkan ilmu dan kemahiran yang bersesuaian untuk bersaing secara sihat dalam pasaran industri pembinaan.